Sunday, October 10, 2010

Asslamualaikum

Alhamduliilah bersua lagi,semalam sy cube menhubungi rakan-rakan di Mlaysia.Sy nak cua dapatkan informasi terbaru tntang suasana politik di MLaysia.Nampaknya suasana di Malaysia agak hangat jgak.HAri jumaat baru ni juga ade prgram di UIA,kalau nk diikutkan hati,mmg nk balik Malaysia,dgr plak ade majlis2 ilmu yang dihadiri oleh ustaz2 yang hebat-hebat sepanjang minggu ini.Tapi apakan daya,saya sedikit sibuk di sini menguruskan hal pelajaran dan visa untuk belajar.Tak pe lah,dapat dengar maklumat dari rakan2 pun dah kire ok dah..Saya harap rakan2 diMalaysia teruskan prjungan Anda..wallahua'lam

Tuesday, October 5, 2010

Bermulanya kelas

Assalamualaikum…

Alhamdulillah bersua lagi,semalam kami pelajar Malaysia telah masuk kelas hadis.Setiap dosen atau pensyarah dalam bahasa kita agak senang dengan pelajar-pelajar Malaysia yang memasuki kelas mereka.Walaupun kebanyakan antara mereka yang nampak agak garang,tetapi jelas mereka mesra dengan pelajar Malaysia.Dalam banyak-banyak pensyarah,terdapat seorang pensyarah yang membicarakan tentang hukum-hukum Islam yang dijalankan di Negara-negara serata dunia.Dalam banyak-banyak Negara,Malaysia pun antara yang dibicarakan oleh pensyarah tersebut.Saya amat tertarik dalam membicarakan hal ini.Pensyarah ini juga bertanyakan pendapat kami tentang hal ini.PEnsyarah tersebut bertanya adakah kami setuju mengatakan bahawa Malaysia bukanlah Negara yang mengamalkan Islam yang sepenuhnya walaupun agama rasmi di Malaysia ialah Islam.Pensyarah tersebut juga menyuarakan pendapat,adakah Malaysia Negara Islam jika terdapat orang yang tidak bersalah dianiyai.Dalam hal ini pensyarah tersebut menunjukkan contoh kepada hal Dato Seri Anwar Ibrahim.Rupa-rupanya,Dato Seri Anwar amat familiar di sini.Isu yang disuarakan di Malaysia tentang Dato Seri Anwar amat diambil sensitive di sini.Di sini jika kes yang berkaitan dengan Dato Seri Anwar mereka tidak akan mempercayai tentang kes ini dan mengatakan bahawa kerajaan Malaysia hanyalah ingin berselindung di sebalik penyelewengan.Inilah yang membuatkan kami sedikit terkejut dengan hal ini.KAmi tidak menyangka bahwa rakyat di sini pun boleh memahami situasi di Negara lain.OLeh itu,rakyat Malaysia haruslah banyak berfikir mana yang adil dan yang tidak adil.Wallahua’lam…

Monday, October 4, 2010

minggu suai kenal

Assalamualaikum,

Hari ini saya agak sibuk sedikit.Hari ini kami pelajar-pelajar baru kene masuk orientasi di bawah Majlis Perwakilan Pelajar di sini.Orientasinya taklah beriya sangat,sekadar hanya bergotong-royong membersihkan masjid yang berada di sini.Dalam keadaan cuaca ak menentu di sini,memang kesihatan perlu dijaga dengan baik.Sejak seminggu lalu saya agak kurang sihat.Mungkin baru nak menysuaikan diri di sini.Insyaallah pada minggu depan,kami pe;ajar di sini akan memasuki setiap kelas yang dijadualkan.Wallahua’lam

Wednesday, September 29, 2010



Alhamdulillah dapat lagi sama2 kita bersua,saya di sini memohon maaf kerana agak slow sikit untuk update blog ini kerana sibuk sedikit dengan urusan-urusan untuk kemasukan di sini.Insyaallah,saya akan update blog ini dari semasa ke semasa selepas ini.Pada waktu petang 29 september,saya dan seorang rakan telah pergi ke sebuah pasaraya yag berdekatan dengan rumah kami.Di sebelah pasaraya tersebut terdapat sebuah pasar kecil yang ditempatkan khas untuk peniaga-peniaga kecil tempatan.Dalam keadaan keasyikan melihat barang barang jualan saya terlihat seorang pemuda yng berusia lingkungan 16-18 tahun sedang membawa basikal roda tiga(beca) yang membawa barang-barang upahan.Apa yang saya ingin ceritakan ini ialah,keadaan fizikal remaja tersebut yang amat dhaif,pemuda tersebut tidak ubah seperti anak-anak yang terkena down sindrom.Apabila saya melihat dia mngayuh basikal tak ubah seperti adik-adik kita yang berumur 4-5 tahun yang baru sedang terkebil-kebil mengayuh basikal.KAyuhannya pula amatlah slow skali.Saya pn tak pasti apa yang di buat di tempat orang ramai itu,mungin beliau ingin meminta upah dari orang lain untuk menghantar barang kemana-mana.Orang-orang yang berada di situ tidak sampai hati untuk memberikannnye upah dan terus sahaja emdermakan sedikit wang kepada beliau.Apabila saya melihat perkara ini,saya terfikir,bagaimana adik-adik berada di tanah air masih malas untuk melakukan usaha yang luar biasa terutamanya dalam pelajaran.Bayangkan bagaimana orang yang sindrom down dan cacat pun masih mencari kerja dari pagi hingga ke petang semata-mata hendak mencari sesuap nasi…wallahua’lam.. 

Wednesday, September 15, 2010

assalamualaikum

Alhamdulillah,kami selamat sampai di Kota Medan Sumatera Utara,walaupun dalam keadaan letih sedikit tetapi kami semua tetap ceria untuk menjejakkan kaki di negara orang ini.Tepat jam 8.40 pagi waktu Malaysia,kami sampai di Lapangan Terbang Polonia Medan.Suasana di sini sedikit riuh kerana

Monday, September 13, 2010

3 pelajar KIPSAS telah berlepas ke Medan

Alhamdulilah,3 orang pelajar KIPSAS telah selamat mendarat di airport Medan pada hari ini.Pelajar ini telah ditemani oleh seorang ustaz daripada KIPSAS.Insyaallah pada keesokan hari,5 orang lagi pelajar akan berangkat ke Medan.Diharapakan semua pelajar selamat sampai ke Medan dan didoakan semua pelajar akan berjaya selama menuntut ilmu di sana...insyaallah

Thursday, September 9, 2010