Tuesday, October 5, 2010

Bermulanya kelas

Assalamualaikum…

Alhamdulillah bersua lagi,semalam kami pelajar Malaysia telah masuk kelas hadis.Setiap dosen atau pensyarah dalam bahasa kita agak senang dengan pelajar-pelajar Malaysia yang memasuki kelas mereka.Walaupun kebanyakan antara mereka yang nampak agak garang,tetapi jelas mereka mesra dengan pelajar Malaysia.Dalam banyak-banyak pensyarah,terdapat seorang pensyarah yang membicarakan tentang hukum-hukum Islam yang dijalankan di Negara-negara serata dunia.Dalam banyak-banyak Negara,Malaysia pun antara yang dibicarakan oleh pensyarah tersebut.Saya amat tertarik dalam membicarakan hal ini.Pensyarah ini juga bertanyakan pendapat kami tentang hal ini.PEnsyarah tersebut bertanya adakah kami setuju mengatakan bahawa Malaysia bukanlah Negara yang mengamalkan Islam yang sepenuhnya walaupun agama rasmi di Malaysia ialah Islam.Pensyarah tersebut juga menyuarakan pendapat,adakah Malaysia Negara Islam jika terdapat orang yang tidak bersalah dianiyai.Dalam hal ini pensyarah tersebut menunjukkan contoh kepada hal Dato Seri Anwar Ibrahim.Rupa-rupanya,Dato Seri Anwar amat familiar di sini.Isu yang disuarakan di Malaysia tentang Dato Seri Anwar amat diambil sensitive di sini.Di sini jika kes yang berkaitan dengan Dato Seri Anwar mereka tidak akan mempercayai tentang kes ini dan mengatakan bahawa kerajaan Malaysia hanyalah ingin berselindung di sebalik penyelewengan.Inilah yang membuatkan kami sedikit terkejut dengan hal ini.KAmi tidak menyangka bahwa rakyat di sini pun boleh memahami situasi di Negara lain.OLeh itu,rakyat Malaysia haruslah banyak berfikir mana yang adil dan yang tidak adil.Wallahua’lam…

No comments:

Post a Comment