Wednesday, September 29, 2010



Alhamdulillah dapat lagi sama2 kita bersua,saya di sini memohon maaf kerana agak slow sikit untuk update blog ini kerana sibuk sedikit dengan urusan-urusan untuk kemasukan di sini.Insyaallah,saya akan update blog ini dari semasa ke semasa selepas ini.Pada waktu petang 29 september,saya dan seorang rakan telah pergi ke sebuah pasaraya yag berdekatan dengan rumah kami.Di sebelah pasaraya tersebut terdapat sebuah pasar kecil yang ditempatkan khas untuk peniaga-peniaga kecil tempatan.Dalam keadaan keasyikan melihat barang barang jualan saya terlihat seorang pemuda yng berusia lingkungan 16-18 tahun sedang membawa basikal roda tiga(beca) yang membawa barang-barang upahan.Apa yang saya ingin ceritakan ini ialah,keadaan fizikal remaja tersebut yang amat dhaif,pemuda tersebut tidak ubah seperti anak-anak yang terkena down sindrom.Apabila saya melihat dia mngayuh basikal tak ubah seperti adik-adik kita yang berumur 4-5 tahun yang baru sedang terkebil-kebil mengayuh basikal.KAyuhannya pula amatlah slow skali.Saya pn tak pasti apa yang di buat di tempat orang ramai itu,mungin beliau ingin meminta upah dari orang lain untuk menghantar barang kemana-mana.Orang-orang yang berada di situ tidak sampai hati untuk memberikannnye upah dan terus sahaja emdermakan sedikit wang kepada beliau.Apabila saya melihat perkara ini,saya terfikir,bagaimana adik-adik berada di tanah air masih malas untuk melakukan usaha yang luar biasa terutamanya dalam pelajaran.Bayangkan bagaimana orang yang sindrom down dan cacat pun masih mencari kerja dari pagi hingga ke petang semata-mata hendak mencari sesuap nasi…wallahua’lam.. 

No comments:

Post a Comment