Sunday, October 10, 2010

Asslamualaikum

Alhamduliilah bersua lagi,semalam sy cube menhubungi rakan-rakan di Mlaysia.Sy nak cua dapatkan informasi terbaru tntang suasana politik di MLaysia.Nampaknya suasana di Malaysia agak hangat jgak.HAri jumaat baru ni juga ade prgram di UIA,kalau nk diikutkan hati,mmg nk balik Malaysia,dgr plak ade majlis2 ilmu yang dihadiri oleh ustaz2 yang hebat-hebat sepanjang minggu ini.Tapi apakan daya,saya sedikit sibuk di sini menguruskan hal pelajaran dan visa untuk belajar.Tak pe lah,dapat dengar maklumat dari rakan2 pun dah kire ok dah..Saya harap rakan2 diMalaysia teruskan prjungan Anda..wallahua'lam

Tuesday, October 5, 2010

Bermulanya kelas

Assalamualaikum…

Alhamdulillah bersua lagi,semalam kami pelajar Malaysia telah masuk kelas hadis.Setiap dosen atau pensyarah dalam bahasa kita agak senang dengan pelajar-pelajar Malaysia yang memasuki kelas mereka.Walaupun kebanyakan antara mereka yang nampak agak garang,tetapi jelas mereka mesra dengan pelajar Malaysia.Dalam banyak-banyak pensyarah,terdapat seorang pensyarah yang membicarakan tentang hukum-hukum Islam yang dijalankan di Negara-negara serata dunia.Dalam banyak-banyak Negara,Malaysia pun antara yang dibicarakan oleh pensyarah tersebut.Saya amat tertarik dalam membicarakan hal ini.Pensyarah ini juga bertanyakan pendapat kami tentang hal ini.PEnsyarah tersebut bertanya adakah kami setuju mengatakan bahawa Malaysia bukanlah Negara yang mengamalkan Islam yang sepenuhnya walaupun agama rasmi di Malaysia ialah Islam.Pensyarah tersebut juga menyuarakan pendapat,adakah Malaysia Negara Islam jika terdapat orang yang tidak bersalah dianiyai.Dalam hal ini pensyarah tersebut menunjukkan contoh kepada hal Dato Seri Anwar Ibrahim.Rupa-rupanya,Dato Seri Anwar amat familiar di sini.Isu yang disuarakan di Malaysia tentang Dato Seri Anwar amat diambil sensitive di sini.Di sini jika kes yang berkaitan dengan Dato Seri Anwar mereka tidak akan mempercayai tentang kes ini dan mengatakan bahawa kerajaan Malaysia hanyalah ingin berselindung di sebalik penyelewengan.Inilah yang membuatkan kami sedikit terkejut dengan hal ini.KAmi tidak menyangka bahwa rakyat di sini pun boleh memahami situasi di Negara lain.OLeh itu,rakyat Malaysia haruslah banyak berfikir mana yang adil dan yang tidak adil.Wallahua’lam…

Monday, October 4, 2010

minggu suai kenal

Assalamualaikum,

Hari ini saya agak sibuk sedikit.Hari ini kami pelajar-pelajar baru kene masuk orientasi di bawah Majlis Perwakilan Pelajar di sini.Orientasinya taklah beriya sangat,sekadar hanya bergotong-royong membersihkan masjid yang berada di sini.Dalam keadaan cuaca ak menentu di sini,memang kesihatan perlu dijaga dengan baik.Sejak seminggu lalu saya agak kurang sihat.Mungkin baru nak menysuaikan diri di sini.Insyaallah pada minggu depan,kami pe;ajar di sini akan memasuki setiap kelas yang dijadualkan.Wallahua’lam